Quantcast
Channel: Media Bawah Tanah
Viewing all 157 articles
Browse latest View live

Lirik & Kord Gitar Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda – Hujan & Raihan

$
0
0

Lirik   Guitar Chord Salam Aidilfitri Ayahanda   Bonda   Hujan   Raihan

Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Am F
Terkenang Di Ketika Itu
G C
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
F Dm
Apa Saja Kemahuan Diri
F E
Akan Cuba Dipenuhi
Am F
Walau Hidup Dalam Kesukaran
G C
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
F Dm
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
F E
Kau Berdua Kan Berkorban
Dm G
Tetapi Baru Kusedari
C Am
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Dm G
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
C E
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Chorus:
A Dm
Salam Aidilfitri
G C E
Ayah Bonda Yang Dicintai
A Dm
Maafkanlah Anakmu Ini
G E Am E
Kerna Belum Cukup Berbakti

Am F
Pabila Menjelang Lebaran
G C
Baju Baru Kan Disediakan
F Dm
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
F E
Keperitan Saat Itu
Dm G
Namun Wajahmu Terus Barcahaya
C Am
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Dm G
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
C E
Andai Anakmu Bahagia

(Ulang Chorus)

Incoming search terms:

  • lagu raya hujan dan raihan chord (80)
  • kord gitar lagu raya hujan dan raihan (46)
  • kord lagu raya hujan (36)
  • salam aidilfitri chord (33)
  • salam aidilfitri hujan chord (30)
  • kord gitar lagu raya (28)
  • lagu raya chord (20)
  • salam aidilfitri ayahanda dan bonda chord (17)
  • chord lagu raya hujan (16)
  • kord lagu raya hujan dan raihan (14)

Lirik Dan Kord Gitar Anugerah Syawal | Bunkface

$
0
0

lirik dan kord gitar anugerah syawal bunkface

Bunkface – Anugerah Syawal Lyrics & kord gitar

Capo On 2

Intro: C Dm F G

C Dm F G(2x)
Selamat hari raya

C Dm
Salam saudara
F C
Selamat hari raya
C Dm
Takbir bergema
F C
Syawal sudah pun tiba

C Dm
Miskin dan kaya
F C
Semua sama sahaja
C Dm
Alhamdulillah
F C
Syukur pada Yang Esa

G

Chorus
C Dm F G
Selamat hari raya
C Dm F G
Selamat hari raya

C Dm F G

C Dm
Tiba cahaya
F G
Hatiku keriangan
C Dm
Anugerah syawal
F G
Seindah ramadhan

C Dm F G
C Dm F G

Ulang chorus

Am F
C F
Anugerah syawal
Am F
C F
Seindah ramadhan

Jackie Chan Dan Rajinikanth Bergandingan Dalam Filem The Chini Saga?

$
0
0

Siapa yang tidak teruja apabila mengetahui yang dua bintang hebat bertaraf antarabangsa iaitu Jackie Chan dan Rajinikanth dikhabarkan akan bergandingan dalam sebuah filem.

Filem yang dimaksudkan bertajuk The Chini Saga yang menceritakan tentang lagenda naga di tasik Chini.

Jackie Chan Dan Rajinikanth Bergandingan Dalam Filem The Chini Saga?

Selain dari dua bintang tersebut, Sonam Kapoor juga diantara nama yang tersenarai di dalam filem ini.

Tetapi, benarkah perkhabaran ini?

Menurut penerbit Mohd Rafeezi Mohd Zin atau Pveezi Zain yang ditemu bual wartawan Sinar Harian, beliau telah mendapat pengesahan dari wakil ketiga-tiga pelakon ini.

“Saya bukan beromong kosong, tetapi perkara ini sudah mendapat pengesahan dari wakil pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Rajinikanth dan Sonam Kapoor.”

“Memandangkan filem ini akan ditayangkan di negara mereka, maka perlu kemunculan istimewa pelakon negera berkenaan,”

Pveezi juga menyatakan selain pelakon antarabangsa ia turut akan dibintangi oleh pelakon-pelakon tempatan juga.

Filem yang telah tertangguh selama empat tahun ini memilih lokasi pengambaran di adalah Norway, India, China, Indonesia dan Thailand.

Filem “The Chini Saga” akan menggunakan 90 peratus Imej Janaan Komputer (CGI) dan 90 peratus penggunaan Bahasa Inggeris.

Tak sabar rasanya untuk mengetahui perkembangan selanjutnya tentang filem ini. semoga pengarah dan krew-krew ini dipermudahkan segala urusan dan mampu menyiapkan sebuah filem yang hebat.

Incoming search terms:

  • the chini saga trailer (2)
  • biodata yabang (1)
  • filem jacky chan dan rajinikhan (1)
  • the chini saga (1)

Senarai Tayangan Filem Pada Hari Raya Aidilfitri 2016

$
0
0

Selain dari kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handal di hari raya, trend menonton filem pada hari raya juga dilihat semakin menjadi pilihan terutama kepada mereka yang tidak dapat pulang beraya di kampung.

Sekiranya anda juga merupakan seorang kaki wayang, berikut adalah beberapa senarai filem yang boleh anda tonton di pawagam pada hari raya nanti.

Anak Mami Nasi Kandaq

anak mami nasi kandaq 2016

Selepas sedekad tidak muncul dengan filem komedi dari francais “Anak Mami”, pengarah Dato’ Prof A Razak Mohaideen akhirnya muncul dengan filem terbaru berjudul “Anak Mami Nasi Kandaq” demi menunaikan permintaan peminat terhadap filem ini. Bagaimanapun untuk filem terbaru ini, Prof menggunakan semua pelakon berbeza kecuali Fasha Sandha, tetapi masih mengekalkan tentang keluarga Mamak di Pulau Pinang.

Dibintangi oleh Chik Pak Man Telo, Sheila Mambo, Qi Razali, Nur Risteena Munim, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha, Elisya Sandha dan ramai lagi, filem ini mengisahkan tentang seorang pengusaha restoran nasi kandar Mamu Nizam yang merupakan seorang duda yang mempunyai lima anak gadis berdepan masalah apabila perniagaannya semakin merosot kerana Mami Kalsom membuka gerai makan di hadapan restorannya. Berikutan itu, Mamu Nizam telah meminta nasihat daripada Mamu Hussin dan Tuan Akhlak Khan yang mencadangkan dia menggunakan kesemua anaknya untuk bekerja di restoran supaya dapat menarik pelanggan.

Tarikh tayangan: 6 Julai 2016.

Kabali (versi Bahasa Malaysia)

kabali versi malaysia

Rasanya sudah ramai penonton di seluruh negara ini tidak sabar untuk menyaksikan filem terbaru lakonan ‘superstar’ Rajinikanth, “Kabali”, yang bakal ditayangkan tidak lama lagi yang mana ia mengisahkan tentang seorang gangster di Chennai, India yang cuba menyelamatkan dan melindungi buruh-buruh India yang bekerja keras untuk terus hidup di negara-negara Asia Tenggara.

Apa yang membuatkan filem ini menjadi salah sebuah filem terbesar di Malaysia, adalah ia menggunakan Malaysia sebagai latar filem ini yang mana Rajinikanth turun ke Malaysia untuk melakukan penggambaran baru-baru ini. Selain itu, filem arahan Pa Ranjith ini turut akan dibintangi pelakon hebat tempatan seperti Dato’ Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.

Tarikh tayangan: 6 Julai 2016.

Alice Through The Looking Glass

Alice Through The Looking Glass

Tidak dapat dinafikan filem animasi pengembaraan dan fantasi ini juga antara filem paling dinanti-nantikan oleh seluruh penonton di pelusuk dunia. Ia akan memaparkan kisah pengembaraan baru Alice yang mana dia akan berdepan dengan penjahat yang dibawa oleh Sacha Baron Cohen sebagai Time.

Selain itu, Johnny Depp juga akan kembali dengan watak asalnya, Mad Hatter, tetapi kali ini bapanya Zanik Hightopp (Rhys Ifans) diperkenalkan.

Tarikh tayangan: 6 Julai 2016.

Kecoh! Primadona Kena Hantu

Kecoh Primadona Kena Hantu

Bersempena dengan Hari Raya ini, sebuah lagi filem tempatan bakal menemui penonton semua iaitu “Kecoh! Primadona Kena Hantu”. Filem komedi seram ini mungkin akan menarik peminat-peminat filem seram untuk membawa keluarga masing-masing ke pawagam untuk menonton filem berikutan elemen komedi turut diselitkan dalam filem ini.

Sekiranya anda kurang yakin dengan filem ini, jangan risau kerana barisan pelakon yang membintangi filem ini pastinya tidak akan mengecewakan anda. Antaranya Kamal Adli, Kamarul Yusoff, Khatijah Tan, Abam, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Tarikh tayangan: 7 Julai 2016.

Ice Age: Collision Course

Ice Age Collision Course

Filem kelima dari francais “Ice Age” ini bakal kembali menggelek hati di pawagam tidak lama lagi. Ia sekali lagi memaparkan pengembaraan epik Scrat dalam mengejar kacang sehingga membawanya ke luar Bumi, di mana dia secara tidak sengaja telah menyebabkan beberapa siri kosmik yang mengancam planet Bumi. Demi menyelamatkan dirinya mereka dari pupus, Manny, Sid, Diego dan lain-lain meninggalkan tempat mereka dan mengembara ke tempat baru yang eksotik di mana mereka bertemu dengan karakter-karakter baru.

Diarahkan oleh Mike Thurmeier dan Galen T.Chu, filem animasi ini akan menampilkan pelakon suara terkenal seperti Ray Romano, Denis Leary, John Leguizamo, Jennifer Lopez, Keke Palmer, Simon Pegg dan ramai lagi. Sekirannya anda tidak tahu nak bawa anak-anak anda tonton filem apa sempena Raya ini, “Ice Age: Collision Course” adalah filem pilihan paling tepat untuk anda.

Tarikh tayangan: 7 Julai 2016.

Incoming search terms:

  • tayangan aidilfitri filem terbaru 2016 (3)
  • filem raya 2016 (2)

Sinopsis Dan Video Trailer Zack Kapcai | 14 Julai 2016

$
0
0

Sinopsis Dan Video Trailer Zack Kapcai | Filem Zack Kapcai arahan Rosli mohd Taib bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh tanah air mulai 14 Julai 2016.

Filem Zack Kapcai membariskan pelakon-pelakon kebanyakkannya daripada bintang realiti Maharaja Lawak Mega seperti Fad, Rahim R2, Syuk SYJ dan Julia Marin.

sinopsis dan video trailer zack kapcai

Mengisahkan Zack yang merupakan seorang peminat motosikal kapcai dibesarkan tanpa ayah.

Pada satu hari, ibunya telah menceritakan kisah sebenar yang mana bapa kandungnya masih lagi hidup dan merupakan Raja Kapcai.

Terkejut dengan berita itu, Zack mengambil keputusan untuk mencari bapa kandungnya sehingga jumpa.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2016
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 21 Minit
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Fad, Rahim R2, Syuk SYJ, Julia Marin
Pengarah: Rosli Mohd Taib
Format: 2D

Incoming search terms:

  • Zack kapcai (5)
  • sinopsis zack kapcai (4)
  • zack kapcai metrowealth (1)
  • Zack kapcai di pawagam 14 july (1)
  • barisan2 pelakon zack kapcai (1)
  • sinopsia zack kapcai (1)
  • pelakon zack kapcai (1)
  • bila mula ditayangkan zack kapcai (1)
  • Bigba (1)
  • zack kapcai sinopsis (1)

Senarai Rancangan Menarik Di Hari Raya TV1 | TV2 | TV3 | Julai 2016

$
0
0

Senarai Rancangan Menarik Di Hari Raya TV1 | TV2 | TV3 | Julai 2016 | Seperti sudah menjadi kelaziman setiap kali hari raya Aidilfitri tiba, stesen-stesen seperti TV1, TV2 dab TV3 akan menghidangkan pelbagai rancangan menarik untuk ditonton.

Selain mengunjungi ke rumah sanak-saudara dan teman-teman rapat, pastinya filem-filem menarik yang ditayangkan di kaca TV pada hari raya ini akan memeriahkan lagi sambutan hari raya anda.

Di bawah ini kami senaraikan intisari rancangan-rancangan menarik pada hari raya pertama, kedua dan ketiga yang akan ditayangkan di TV1, Tv2 dan TV3.

Kimcy dan The Majistret Raya Pertama TV1

Intisari Rancangan TV Raya TV1

Raya Pertama Rabu, 6 Julai 2016
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (8 pagi)
Serunding Daging Abang Sado (10 pagi)
Raya Sama-sama
Istimewa lebaran Kimcy & the Majistret (9 malam)

Raya kedua Khamis, 7 Julai 2016
3 Hari 7 Likur (10 pagi)

 

Intisari Rancangan TV Raya TV2

Raya Pertama Rabu, 6 Julai 2016
Mat Despatch Raya Sakan (10 pagi)
Kembali Kepada Fitrah (2 Petang)

Raya Kedua Khamis, 7 Julai 2016
Kecoh-kecoh Raya (10 pagi)
Dodol-dodol Cinta (2 petang)
Hari Ini Hari Raya (10 malam)

Raya Ketiga Jumaat, 8 Julai 2016
Roti Canai Kuah Rendang (2 petang)
Janji Hati (10 Malam)

tv3 raya ke-1

Intisari Rancangan TV Raya TV3

Raya Pertama Rabu, 6 Julai 2016
Hello Mr.Perfect Raya (10 pagi)
Hantu Bonceng (12 Tengahari)
Ada Hantu Malam Raya (2 petang)
Mak Cun Pi New York (9 Malam)

Raya Kedua Khamis, 7 Julai 2016
Raya Kami (10 Pagi)
Kak Mar Raya (2 Petang)
Boboiboy The Movie (9 Malam)

Raya Ketiga Jumaat, 8 Julai 2016
Seutas Rantai Emas (2 Petang)
Yeke Adik? (4 Petang)
Rindu Awak 200% Raya (6 Petang)
Balada Pencinta (9 Malam)

Raya Keempat Sabtu, 9 Julai 2016
Kabhi Kushi Kabhie Gham (2 Petang)
Perang Bibir (12:30 Tengahari)
Ketupat Terakhir (5 Petang)
Cik Cinderella & Encik Tengku Raya (9 Malam)

Incoming search terms:

  • rancangan tv malam raya 2016 (24)
  • intisari tv sempena raya 2016 (11)
  • senarai rancangan tv3 (9)
  • intisari rancangan tv3 (9)
  • jadual filem menarik hari raya (8)
  • rancangan tv3 raya 2016 (8)
  • rancangan di tv3 pada malam raya (8)
  • rancangan tv raya 2016 (6)
  • Siaran tv2 10/7/2016 (5)
  • rancangan raya 2016 (5)

Kontroversi David Teo Menghina P.Ramlee | Ini komen Afdlin Shauki Yang Padu Untuk David Teo

$
0
0

Baru-baru ini viral di laman sosial berkenaan penerbit filem David Teo dikatakan menghina seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

David yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), walau bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman web rasmi Metrowealth pada Isnin.

Isu ini telah menarik perhatian netizen dan juga penggiat seni tanah air.

Di bawah ini adalah salah satu komen yang diberikan oleh pelakon dan pengarah Afdlin Shauki berkaitan isu ini.

Komen ini telah ditulis oleh Afdlin Shauki di laman Facebook miliknya

Kontroversi David Teo Menghina P.Ramlee

Terima Kasih David Teo.

Awak memang seorang yg hebat dan dari dulu memang pandai mencari publisiti. Murah atau tidak, publisiti is publisiti.

Ramai yg tengah marah kat awak sekarang ni tapi saya tidak. Ini kerana awak telah mencetuskan kembali minat orang ramai untuk berbual pasal P Ramlee.

Pada saya, kalau Tun Mahathir pun org boleh hentam sekarang so why not P Ramlee? Saya rasa Manusia memang ada short term memory loss (macam finding dory) kita ingat apa yg kita nak ingat dan bila ianya memberi kepentingan kepada kita.

Tak salah kita nak buat duit dalam industri hiburan, kalau ada rezeki silakan. Ramai pun dah jadi jutawan menceburi dunia hiburan ni. Tapi apa yg awak kena ingat En David adalah jiwa orang seni adalah berbeza dgn jiwa seorang peniaga. Contoh jiwa orang berseni adalah P Ramlee dan peninggalan karya-karya beliau yg masih mewarnai, menghiburkan dan sampai sekarang boleh buat duit kerana tetap diminati orang dari generasi kini. Mungkin bukan waris P Ramlee yg merasa habuan jualan karyanya sekarang tetapi… Pada asasnya hasil karya seorang yg berjiwa seni ini masih boleh buat duit utk jangkamasa yg lama.

Contoh jiwa seorang peniaga adalah awak, awak memang sangat hebat dalam benda ni. Ya betul anda membuka ruang untuk ramai seniman baru utk berkarya tetapi karya-karya ini kebanyakannya menggunakan pendekatan perniagaan yg ekstrim iaitu ‘Cepat dan Murah’ dan itu telah memberi kesan hebat kepada kualiti filem-filem terbitan awak. Ini pendapat saya. Ini adalah kerana seorang peniaga akan berfikir buat murah senang ROI. Artis dan crew boleh bayar pukal so you get better, cheaper deal. Tak perlu ada ilmu pengarahan atau lakonan … Semuanya boleh digilapkan on set. Tapi kita kena ingat kerja seni bukanlah kerja kontrak buat jalanraya atau MLM, so tak boleh expect boleh buat business ini macam business lain. In film time is usually quality.

Mungkin pada pandangan awak apa guna jadi artis kalau tak boleh jadi jutawan. Pada saya kalau itulah kerjaya yg membahagiakan kita, kepuasan diri menjadi sebab utama dan kekayaan sebab kedua.

Ramai kengkawan yg saya kenal yg dahulunya lawyer, meninggalkan kerjaya mereka untuk menjadi pelakon teater yg pulangan ekonominya lagi jahanam dari buat filem. Tapi mereka puas dan happy.

Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja org nak memanipulasi org seni pasal pada tanggapan ramai org seni ni bodoh dan tak berpelajaran. Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tak bermakna kami bodoh sekarang. Shaw brothers ambil semua intellectual property rights yg sepatutnya samada di kongsikan dgn karyawan atau ada peratusan yg masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya. Saya nak tanya sekarang adakah prektis ini masih berleluasa? Di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?

jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw , media Prima, Astro semua masih mempraktikkan memegang rights harta intelek dari karyawan. Walaubagaimanapun kebelakangan ini astro dan media prima ada mula berkongsi rights dgn penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas.

So artis di hari tua tak dapat meninggalkan apa apa pada warisnya. Jadi jawapan kenapa P Ramlee duduk di pinggir bukit bintang En David adalah dia tidak di ‘Protect’ oleh undang-undang negara ini. Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yg mengambil semua harta inteleknya, dan ianya takde kena mengena dgn dia adalah artis yg tak berdisiplin, takde komitmen atau tak tahu menjaga periuk nasinya. Malangnya sehingga sekarang masih belum ada rang undang-undang parlimen yg menyatakan studio atau stesyen tv tidak berhak mengambil harta intelek seorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yg berbeza dari harga projek tersebut.

So En David the problem is not P Ramlee, the problem is the lack of respect this country have for the rights of artistes.

Incoming search terms:

  • komen david teo pasal p ramlee (2)
  • afdlin shauki p ramlee (1)
  • david teo dan p ramlee (1)
  • filem baru david teo pasal p ramlee (1)
  • isu david teow menghina p ramlee (1)
  • penghinaan david teo (1)

Video Ira Kazar Menari Ghairah | Video Terbaru Lagi dasyat?

$
0
0

Nama Ira Kazar tibat-ba sahaja menjadi topik panas dikalangan netizen.

Manakan tidak, anak kepada pelakon Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 57, memuat naik aksi gelekan maut hingga menjadi bualan ramai.

Terbaru anak pelakon ini sekali lagi memuat naik sebuah video tarian, kali ini Ira tampil menari tanpa seluar dan hanya memakai baju labuh seakan-akan baju tidur.

Video Ira Kazar Menari Ghairah Video Baru Ira Kazar1

sebelum ini Kazar telah memberi respon tentang video pertama anaknya itu dengan mengatakan sudah penat menasihati anaknya.

Kazar juga turut menganggap insiden tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada anaknya pada masa hadapan.

Video Ira Kazar Menari Ghairah Video Baru Ira Kazar1

Nampaknya Ira Kazar seperti tidak belajar sesuatu pun dari video sebelum ini?

Adakah sudah menjadi trend pada masa ini memuat naik video sebegini agar akan lebih cepat dikenali?

Apa-apa pun semoga Ira dapat menjaga aib ayah dan ibunya. Janganlah terus-terusan melalukan perkara begini.

Incoming search terms:

  • ira kazar (12)
  • anak kazar (5)
  • video anak kazar (4)
  • vedio ira kazar (3)
  • ira kazar menari (3)
  • irakazar vedio (3)
  • video anak kaza (2)
  • anak kazar menari (2)
  • video anak kaza menari pertama (2)
  • ira kazar gelek (2)

Video Ruhainies Dating Suami Adira | Siap Rangkul Pinggang Lagi

$
0
0

Viral di laman-laman sosial sejak kelmarin video kantoi Ruhainies dating suami Adira.

Video yang berdurasi beberapa saat ini telah dirakamkan oleh peminat pada 21 Julai 2016 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Datuk Seri Adnan Abu (suami Adira) juga merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak.

Adakah mereka in mempunyai hubungan istimewa?

Video Ruhainies Dating Suami Adira | Siap Tangan Di Pinggang Lagi

Walaubagaimana pun Ruhainies segera tampil menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Adnan.

Lebih mengejutkan, Ruhanies mendakwa dia seolah-olah diperangkap oleh ahli perniagaan itu untuk meraih populariti.

“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

“Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku.

“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini.

“Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Adnan yang dihubungi menafikan dakwaan yang dilemparkan Ruhanies.

Jelasnya, individu yang mengambil video tersebut mungkin mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

“Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu? Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

“Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Kata Adnan, dia tiada masalah untuk berkahwin lagi kerana mempunyai dua lagi kekosongan.

Manakala Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi pula enggan memberikan sebarang komen tentang penyebaran video ini.

Incoming search terms:

  • video ruhainies dan datuk sri adnan abu (4)
  • ruhainees datuk adnan (3)
  • dato seri adnan abu rangkul (1)
  • gambar datuk seri adnan merangkul pinggang ruhainies (1)
  • rangkul pinggang video (1)
  • suami adira dan ruhainies (1)
  • video dato adnan dengan artis ruhainis (1)
  • video rangkul pingfang (1)

Gambar-gambar Majlis Pertunangan Amar Baharin dan Amyra Rosli | 22 Julai 2016

$
0
0

Selesai sudah majlis pertunangan diantara Amar Baharin dan Amyra Rosli yang berlangsung kelmarin dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.

Amyra kelihatan begitu anggun bak seorang puteri mengenakan busana berwarna putih.

Manakala Amar pula hadir segak juga dengan berpakaian kemeja berwarna putih yang kelihatan sedondon pada majlis tersebut.

Gambar pertunangan Amar Baharin dan Amyra Rosli 22 Julai 2016

Pasangan ini juga telah merancanga akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka sekitar bulan November tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini Amar Baharin dan Amyra Rosli!

Lagi gambar-gambar menarik sekitar majlis pertungan Amar Baharin dan Amyra Rosli di blog Roti Kaya (klik sini).

Incoming search terms:

  • gambar tunang amar baharin (7)
  • majlis perkahwinan amar baharin (6)
  • gambar tunang amyra rosli (3)
  • gambar amar baharin dan keluarga (3)
  • gambar bertunang amyra rosli (3)
  • gambr tunang amyra rosli (2)
  • gambar pertunangan amyra rosli (2)
  • pertunangan amarbaharin&amirarosli (2)
  • gambar amyra rosli bertunang (2)
  • gambar pertunangan amira rosli dan amar baharin (2)

Lirik Dan Kord Gitar Ku Rela Dibenci | Aiman Tino

$
0
0

Lirik Dan Kord Gitar Ku Rela Dibenci | Aiman Tino. Lagu yang mempunyai rentak seakan zaman rock jiwang satu masa dahulu.

Jom kali ini kita belajar kord lagu Ku Rela Dibenci.

Official video klik Ku Rela Dibenci Aiman Tino berada dibahagian bawah lirik dan kord.

Lirik dan kord ini hanyalah sebagai panduan. Anda perlu mendengar sendiri lagu ini untuk mendapatkan rentak dan cara bermain yang betul

Lirik Dan Kord Gitar Ku Rela Dibenci | Aiman Tino

Aiman Tino – Ku Rela Dibenci

Am-F G-C Dm Dm E E

Am Em
Ku Tertawa Kau menangis
F
Engkau tertawa Aku menangis
C-E
Karena dirimu Oh sayangku

Am Em
Kesudahan Tiada henti
F
Hanya yang tinggal Didalam mimpimu
E
Ternanti nanti

F-Dm-Bm-E

Am Em
Sering kali Aku diuji
F
Air mataku Terus mengalir
C-E
Membasahi Didadaku

Am Em
Hanya Ratapan Didalam hati
F
Semoga tercipta Kesudahan
E
Yang dinanti

Verse:

F G C
Ku Inginku dibenci Olehmu
F
Agar kenangan manis
Dm E
Terus terpadam Selamanya

Chorus:

Am Dm
Menghitung Menunggu mati
G C
Agar kau Jumpa yang dinanti
F Dm E
Semoga Pemberianku ini
Am
Terbaik untukmu

Am Dm
Tak sanggup Ku dibohongi
G C
Ku rela Di jemput Ilahi
F Dm
Kerna dia Ku sanggup pergi
E F
Hanya disana Kekal dan abadi

Solo:
C Dm-E-Am F C Dm E

Ulang Verse:

Ulang Chorus:

Am F

E Am
Hanya disana Kekal dan abadi

Incoming search terms:

  • gambar aiman tino (4)
  • cord gitar kurela dibenci (1)
  • video lagu ku rela dibenci (1)

Video Lucu Abang Terlajak Laris Dikejar Kucing Ajaib

$
0
0

Blog ini pernah berkongsikan beberapa keping gambar kucing Dato Aliff Syukri yang dibeli dengan harga Rm30 ribu.

Dato Aliff yang terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’, menamakan kucingnya Dody dan sering berkongsi gambar dan video Dody.

video lucu abang terlajak laris dikejar kucing ajaib

Terbaru, Dato Aliff telah memuat naik di Instagram sebuah video dimana di dalam video tersebut Dody telah menerkam dan mengejarnya hingga membuatkan Dato Aliff terpaksa lari.

Dipermulaan video Dato Aliff dilihat memanggil Dody dengan panggilan ‘kucing ajaib’ dan ketika hendak dibawa ke tempat Dody, kucing ini telah cuba mengigit serta menerkan Dato Aliff.

Seterusnya Dato Aliff telah melarikan diri sambil dikejar Dody.

Video tersebut telah ditonton lebih 70 ribu sejak ia dimuat naik.

Jom sama-sama kita tonton video lucu berdurasi 37 saat ini telatah Dato Aliff Syukri dan Dody si kucing ajaib 🙂

Sinopsis Dan Video Trailer Mawar Putih | 18 Ogos 2016

$
0
0

Filem Mawar Putih akan ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air mulai 18 Ogos 2016.

Membariskan pelakon-pelakon tempatan dan luar seperti Reen Rahim, Arja Lee, Triestan Aprilian, Cinta Dewi dan Adli Eddynor.

Sinopsis Dan Video Trailer Mawar Putih | 18 Ogos 2016

Filem ini berdurasi 1 jam 51 minit dan begenre drama/romantik.

Mengisahkan tentang cinta dua darjat di antara Irwan yang merantau ke Malaysia dan berkahwin dengan Tengku Zarina.

Namun pergolakan mula berlaku apabila anak mereka, Aidil, bercinta dengan gadis Padang, Cinta, tetapi ada sesuatu yang membuatkan Aidil dan Cinta tidak mungkin dapat bersatu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 18 Ogos 2016
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 1 Jam 51 Minit
Pengedar: NA
Pelakon: Reen Rahim, Arja Lee, Triestan Aprilian, Cinta Dewi, Adli Eddynor
Pengarah: Dato’ Rosnani Jamil
Format: 2D

Buat Duit Dengan Aplikasi Android | Mudah Sangat!

$
0
0

Buat duit dengan aplikasi android? Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang hal ini semestinya merasakan iainya mustahil.

Tetapi bagi mereka yang pernah mencari duit dengan aplikasi android, hal ini bukanlah sesuatu yang baru.

Pada masakini telefon pintar atau smartphone sudah menjadi seperti satu keperluan kepada kita.

buat duit dengan aplikasi android

Smartphone bukan saja memudahkan kerja-kerja seharian, malah ia membantu begitu ramai usahawan untuk melancarkan kerja-kerja jualan dan juga melayan pelanggan.

Aplikasi seperti Google Opinion Rewards, MintCoins dan beberapa aplikasi lagi yang sebelum ini digunakan oleh pengguna android dalam menjana pendapatan sampingan.

Berbalik kepada buat duit dengan aplikasi android, pagi ini kami telah menemui satu aplikasi android yang membuatkan duit masuk bertubi-tubi ke akaun bank anda.

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh Tuan Ameer Hisham, seorang pemegang ijazah Computer Science dan Programming dari universiti di Amerika Syarikat.

Menurut Ameer, cara untuk dapatkan duit dengan aplikasi ini begitu mudah. Hanya perlu download aplikasi ini, install pada smartphone, klik dan ikut arahan yang diberikan, selepas itu anda terus boleh menerima duit.

Untuk lebih meyakinkan anda tentang kualiti aplikasi ini, Tuan Ameer meletakkan jaminan pemulangan wang dalam masa 2 bulan anda gunakan.

Tawaran lesen aplikasi ini terhad hanya kepada 200 pengguna.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi ini, sila klik link di bawah

BUAT DUIT DENGAN APLIKASI ANDROID (klik sini)

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda. Terima kasih

Incoming search terms:

  • aplikasi duit (9)
  • aplikasiduit com (6)
  • aplikasiduit (2)
  • aplikasi buat duit (2)
  • aplikasi duit ajaib (2)
  • komen pengguna aplikasiduit (2)
  • komen aplikasi duit (1)
  • download aplikasi buat duit (1)
  • applikasi ajaib buat duit (1)
  • aplikasi android buat duit (1)

Penjelasan Namawee Tentang Video Menari Dalam Masjid Tanjung Bungah Penang

$
0
0

Baru-baru ini nama Namawee kembali hangat diperkatakan apabila video klip terbarunya dikatakan menghina Islam.

Dalam video muzik tersebut, Namawee dan satu kumpulan dari Taiwan dilihat menari di dalam sebuah masjid di Pulau Pinang.

Penjelasan Namawee Tentang Video Menari Dalam Masjid Tanjung Bungah Penang

Perbuatan itu telah menyentuh sensitiviti masyarakat islam Malaysia.

Tampil untuk membela diri, Namawee telah memuat naik satu video berdurasi 7 minit bagi memberi penjelasan dan membela dirinya.

Menurut Namawee, mesej yang disampaikan di dalam lagunya tersebut adalah mesej yang positif tanpa adanya penggunaan kata-kata kesat dan lucah.

Lagu ini menceritakan tentang agama adalah tempat untuk manusia bergantung dan mengisi kekosongan jiwa.

Bagi kami di MBT, perbuatan menari dan melompat-lompat di dalam masjid lagi-lagi diruangan sembahyang sememangnya sesuatu perbuatan yang tidak manis.

Walaupun Namawee cuba mempertahankan pendapatnya dengan memasukkan sedutan sekumpulan jemaah yang seperti menyanyi, menari dan melompat-lompat di dalam masjid, tetapi Namawee mungkin tidak tahu yang di dalam Islam juga adanya kumpulan-kumpulan ajaran sesat.

Islam yang sebenar menganjurkan penganutnya menghormati rumah-rumah Allah.

Sayanglah mesej lagu bagus tetapi dek kerana sedikit kesilapan di dalam video klip, orang hanya fokus pada yang buruk.

Mungkin juga imej Namawee itu sendiri telah sedia buruk dimata sesetengah masyarakat disebabkan video-video di awal kemunculannya.

Walau bagaimanapun, kami berharap agar kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin dan tidak dibesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak.

Biarlah yang terlibat dan pihak polis yang menyelesaikan kes ini.

Incoming search terms:

  • artis menari dalam masjid (3)

Inilah Rahsia Mereka Kongsikan Video Yang Pelik Di Youtube

$
0
0

Youtube merupakan tempat perkongsian video yang dibangunkan sekitar tahun 2005 oleh tiga pengasas utama (yang juga sebelumnya membangunkan Paypal).

Di Youtube pelbagai genre video dapat anda tonton secara percuma.

Dari video klip lagu hinggalah ke video-video amatur yang boleh dimuat naik dengan begitu mudah oleh sesiapa sahaja.

Inilah Rahsia Mereka Kongsikan Video Yang Pelik Di Youtube3

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda rahsia mengapa mereka berkongsi video yang pelik di Youtube?

Inilah Rahsia Mereka Kongsikan Video Yang Pelik Di Youtube

Video pelik yang kami maksudkan adalah video-video yang kadang kala tidak masuk akal seperti video di bawah ini:-

Inilah Rahsia Mereka Kongsikan Video Yang Pelik Di Youtube1

Video seperti di atas boleh anda temui di Youtube dengan mudah.

Malah, begitu banyak channel yang memuat naik video-video gila seperti Smartphone dijatuhkan dari tempat yang tinggi, Ditorehnya telefon-telefon pintar itu dengan pisau dan diketuk dengan tukul dan bermacam lagi video idea gila yang tak terfikir oleh kita dilakukan oleh mereka-mereka ini.

Persoalannya mengapa?

Sebenarnya ketika anda menonton video-video ini dengan percuma, pemilik-pemilik channel ini menerima bayaran daripada video begitu.

Mereka menerima bayaran daripada iklan yang muncul di video mereka.

Iklan yang dimaksudkan adalah seperti ini.

Inilah Rahsia Mereka Kongsikan Video Yang Pelik Di Youtube2

Paparan iklan sebelum video dimainkan atau di dalam video

Inilah iklan Google Adsense. Pemilik channel seperti ini dibayar setiap kali iklan terpapar.

Setiap iklan yang terpapar di video = adalah peluang untuk menjana pendapatan.

Bayaran dibayar oleh Google mengikut cara yang ditentukan sendiri oleh Google, contohnya melalui respon penonton kepada iklan dan jumlah view video anda.

Tak semestinya video gila begini baru mendapat view yang tinggi (view tinggi = $$$ tinggi).

Video seperti review produk, lucu, filem pendek, pendapat, tips-tips dan lain-lain juga sering mendapat view yang tinggi.

Sekiranya mereka sanggup rosakkan smartphone mahal begitu, anda rasa berapa banyak pendapatan yang mereka terima dari Google Adsense?  😉

Sekarang terjawab sudah rahsia mereka memuat naik video pelik di Youtube.

Sekiranya anda juga mahu belajar bagaimana untuk buat duit dengan video Youtube (tanpa rosakkan apa-apa smartphone), anda boleh rujuk disini.

DUIT VIDEO (KLIK SINI)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih

Sinopsis Dan Video Trailer Pekak | 1 September 2016

$
0
0

Filem Pekak bakal menemui penonton di pawagam-pawagam tanah air bermula 1 September 2016 ini.

Filem Pekak arahan Mohd Khairul Azri di bawah edaran PRIMEWORKS STUDIOS membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Filem ini bergenre drama dijangka bakal menarik minat ramai pencinta filem tempatan untuk ke pawagam menonton filem ini.

Sinopsis dan video trailer pekak

Filem Pekak mengisahkan seorang lelaki cacat pendengaran bernama Uda berazam untuk kembali mendengar.

Untuk menggapai cita-citanya itu, dia telah terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya.

Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong.

Cinta antara mereka mula berputik, namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

 

Filem Pekak

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 1 September 2016
Genre: Drama
Durasi: NA
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah
Pengarah: Mohd Khairul Azri
Format: 2D

Incoming search terms:

  • sinopsis filem pekak (5)
  • sinopsis pekak (4)
  • filem pekak (2)
  • pekak trailer (1)
  • sinopsis cerita pekak (1)

Isu Neelofa Tunai Haji Awal | Ini Jawapan Dari Tabung Haji

$
0
0

Baru-baru ini beberapa media tempatan telah melaporkan tentang artis tanah air Neelofa akan menunaikan haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September ini.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, pada satu majlis rumah terbuka.

neelofa tunai haji selepas sebulan mendaftar

Namun begitu, terdapat sesetengah pihak ada mendakwa berlaku sesuatu yang tidak adil kerana Neelofa dikatakan baru sebulan mendaftar di agensi itu.

Tidak mahu terus timbul kekeliruan, Lembaga Tabung Haji (TH) tampil menyangkal dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan TH, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.

Th juga berpendapat jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.

TH sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.

TH juga memohon agar isu ini tidak disensasikan lagi kerana bimbang menimbulkan ketidakpuasan hati dari kalangan pendeposit yang lain.

Semoga penjelasan dari TH ini menjawab segala kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga perjalanan pergi dan pulang Neelofa sekeluarga akan dipermudahkan oleh-Nya.

Incoming search terms:

  • neelofa tunai haji (1)

Sinopsis Dan Video Trailer Radhi Rudy Bin Dadu | 8 September 2016

$
0
0

Filem Radhi Rudy Bin Dadu bakal menemui penonton-penonton tanah air pada 8 September 2016.

Filem Radhi Rudy Bin Dadubergenre komedi ini meletakkan Sofi Jikan dan Taiyudin Bakar sebagai watak utama. Turut bersama menjawayakan filem ini ialah Puteri Sarah, Ezzaty Abdullah, Usop Wilcha, Khatijah Tan, Aziz Satar, Adam Corrie dan lain-lain lagi.

Sinopsis Dan Video Trailer Radhi Rudy Bin Dadu 8 September 2016

Filem terbitan Arahan White Merpati Entertainment Sdn Bhd dan telah diarahkan oleh Arjin Uppal dijangka akan menarik ramai peminat cerita komedi untuk ke pawagam.

Mengisahkan Radzi, Rudy dan Tuan Haji Kassim telah jatuh cinta dengan tiga wanita berbeza.

Disebabkan masalah dan halangan, ketiga-tiga mereka ini gagal dalam kehidupan cinta mereka.

Mereka telah sedaya upaya membuat apa sahaja untuk menarik perhatian pasangan mereka tetapi tidak menjadi.

Ketiga-tiga mereka kemudian telah merancang melakukan sesuatu yang membawa mereka kepada melakukan jenayah tanpa disedari.

 

Radhi Rudy Bin Dadu

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: White Merpati Entertainment Sdn Bhd
Pelakon: Sofi Jikan, Puteri Sarah, Taiyudin Bakar, Ezzaty Abdullah, Usop Wilcha, Khatijah Tan, Aziz Satar, Adam Corrie
Pengarah:
Format: 2D

Belasungkawa | Profil Pie | Shafiee Jaafar

$
0
0

pada pukul 9 malam, 11 Ogos 2016, dunia industri perfileman telah menerima satu perkahbaran menyedihkan iaitu pelakon pelawak Pie telah meninggal dunia.

Pie atau nama sebenar Shafiee Jaafar, 85, telah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang dan kebumikan di Teluk Bahang selepas solat Jumaat hari ini.

belasungkawa profil pie shafiee jaafar

Sebagai mengenang dan menghargai jasa-jasa Pak Pie, berikut adalah sedikit profil latar belakang Pak Pie yang sempat kami carikan.

Nama Sebenar: Shafiee Jaafar
Nama Lakonan: Pie / Pak Pie
Tarikh lahir: 9 Januari 1931
Tempat Asal: Pulau Pinang
Filem Lakonan:
2011: Kongsi – (Pelakon Pembantu)
2010: Jangan Pandang Belakang Congkak 2 – (Artis Jemputan)
2009: Jangan Pandang Belakang Congkak – (Artis Jemputan)
2009: Sifu & Tongga – (Pelakon Pembantu)
2008: Nana Tanjung 2 – (Pelakon Utama)
2006: Nana Tanjung – (Pelakon Utama)
2005: Anak Mami Kembali – (Pelakon Pembantu)
2005: Lady Boss – (Pelakon Pembantu)
2005: Kemarau Cinta – (Pelakon Pembantu)
2004: Tangkai Jering – (Pelakon Pembantu)
2003: Jutawan Fakir – (Pelakon Tambahan)
2003: Mami Jarum Junior – (Pelakon Tambahan)
2002: Soalnya Siapa? – (Pelakon Pembantu)
2002: Mami Jarum – (Pelakon Tambahan)
2002: Anak Mami The Movie – (Pelakon Pembantu)
2001: Sara – (Pelakon Pembantu)
2000: Soal Hati – (Pelakon Pembantu)
1995: Jimi Asmara – (Pelakon Tambahan)
1995: Cinta Rosevilla – (Pelakon Utama)
1988: Dendang Remaja – (Pelakon Pembantu)
1986: Bas Konduktor – (Pelakon Utama)
1984: Minah Manja – (Pelakon Pembantu)

Semoga arwah di tempatkan bersama-sama golongan soleh dan beriman.

Al-fatihah

Incoming search terms:

  • pelakon pie menigal (1)
  • pie pelakon anak mami (1)
  • Tarikh lahir shafiee jaafar (1)
Viewing all 157 articles
Browse latest View live